Saturday 11 August 2012

Syabas Pandalela-from PM



“SYABAS Pandelela!” demikian ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam entri terbaru Facebook beliau kepada penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik, semalam.
Kejayaan dalam acara platform 10 meter wanita itu sekali gus menobatkan penerjun itu sebagai atlet wanita pertama negara memenangi pingat pada temasya berprestij itu.

“Pagi tadi, saya terima berita menggembirakan dari temasya Sukan Olimpik. Olahragawati negara, Pandelela Rinong anak Pamg berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara terjun platform 10 meter wanita,” katanya. Beliau turut yakin Pandelela akan terus menunjukkan peningkatan prestasi di tahun-tahun akan datang.

“Dalam usia muda beliau, saya yakin Pandelela akan terus menunjukkan peningkatan prestasi di tahun-tahun akan datang,” katanya.


Sehingga jam 7 malam, lebih 25,000 rakan Facebook Perdana Menteri menggemari entri tersebut, manakala hampir 2,000 ucapan tahniah kepada penerjun kelahiran Sarawak ekoran kejayaannya mengharumkan nama negara.


Pandelela bangkit semula selepas bermula agak hambar pada terjunan pertama, dengan empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan, Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben (Australia) yang mengumpul 366.50 mata.

Kejayaan itu adalah pingat kedua Malaysia selepas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyumbang perak dalam acara perseorangan lelaki, Ahad lalu.


Pada Sukan Olimpik Seoul 1988, atlet taekwondo wanita, M Vasugi menerima pingat gangsa, namun pada ketika itu taekwondo adalah sukan demonstrasi, maka pungutan pingatnya tidak termasuk dalam senarai pungutan pingat rasmi Olimpik.


No comments:

Post a Comment