Thursday 2 August 2012

Hampiri impian emas




Chong Wei, Koo-Tan menang mudah layak ke separuh akhir

Lee Chong Wei menepati ramalan apabila dengan mudah layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik selepas menundukkan pemain India, P Kashyap 21-19, 21-11 di suku akhir di Arena Wembley, awal pagi tadi. Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa 47 minit untuk mengetepikan lawannya sekali gus melegakan seluruh Malaysia yang menanti penuh debar keputusan perlawanan berkenaan. 

Chong Wei akan bertemu Chen Long yang mana turut layak ke separuh akhir selepas menumpaskan Peter Gade dari Denmark 21-16, 21,13 dalam masa 55 minit.

Terdahulu, pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Isara Bodin-Maneepong Jongjit dari Thailand di suku akhir, 21-16, 21-18.

Beregu negara akan berdepan rintangan besar menjinakkan pilihan pertama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng yang juga pemenang perak Beijing 2008.

No comments:

Post a Comment