Thursday 2 August 2012

Kim Her sudah nampak kilauan pingat



Jurulatih beregu negara, Tan Kim Her melihat ada petanda positif dalam permainan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong sehingga dia tidak resah apabila diajukan persoalan mampukah anak didiknya itu mengatasi juara dunia, Cai Yun-Fu Haifeng dari China dalam separuh akhir, esok. 

"Saya sifatkan peluang mereka 50-50 dan jika mereka mengulangi corak sama ketika menewaskan pasangan Thailand hari ini, (semalam) tiada apa yang mustahil. "Apa yang saya lihat mereka lebih positif ketika ini dan dalam separuh akhir siapa yang dapat menggalas tekanan boleh menang dan elemen ini ada pada pemain kita ketika ini," katanya selepas tamat perlawanan di Wembley Arena, semalam. 
Kali terakhir pasangan beregu negara layak ke separuh akhir adalah Chong Tan Fook-Lee Wan Wah pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney. 

Tapi itu seharusnya bukan sasaran di sini kerana Kien Keat-Boon Heong perlu menghala kepada pencapaian mengatasi rekod Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit pada 1996 di Atlanta yang meraih pingat perak. 

Kim Her tidak menolak kemungkinan sejarah 16 tahun itu mampu berulang di London, esok.



No comments:

Post a Comment