Thursday 2 August 2012

Chong Wei "LOLOS" ke separuh akhir





DATUK Lee Chong Wei terus mengibarkan Jalur Gemilang di Olimpik London 2012 apabila lolos ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain India, P Kashyap, 21-19, 21-11 dalam 47 minit, di Arena Wembley London, awal pagi tadi. Chong Wei agak gugup pada perlawanan pertama ketika menentang Kasyap apabila beberapa kali ketinggalan tetapi berupaya dapat menyamakan kedudukan pada tahap 16-16, selepas 20 minit perlawanan berlangsung. 

Ketika kedudukan 19-19, Cong Wei menggunakan pengalamannya untuk membawa Kasyap beraksi rali sebelum mengatasi pemain India itu 20-19, dan kemudiannya memenangi perlawanan pertama. Chong Wei memulakan perlawanan kedua tanpa memberi peluang kepada Kasyap untuk mendahului 4-2. Pemain nombor satu negara itu kemudiannya lebih agresif apabila berada di depan 6-4.

Pada kedudukan itu, Kasyap yang jelas lebih gemar bermain di jaring akhirnya tersangkut dan Chong Wei terus meninggalkan pemain India itu 9-4, selepas perlawanan kedua berlangsung tujuh minit. Selepas sepuluh minit perlawanan berlangsung, Chong Wei terus mempamerkan kekuatan sebenar apabila mematikan semangat Kasyap dengan mendahului lima mata pada kedudukan 12-6. 

Chong Wei nampaknya sudah menjumpai semula sentuhannya untuk merealisasikan impian meraih pingat emas. Sebelum ini, dia menumpaskan Simon Santoso dengan, 21-12, 21-8 , untuk mara ke suku akhir. 
Bagaimanapun, Chong Wei menampilkan persembahan hambar ketika bertemu Ville Lang dari Finland pada aksi peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03

Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/ChongWeiloloskeseparuhakhirOlimpik/Article

No comments:

Post a Comment