Monday 13 August 2012

Apakah hukum tinggal solat jumaat kerana tugasan??



Soalan:


APA hukum meninggalkan solat Jumaat jika saya bekerja di kawasan cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan.

Adakah dibolehkan untuk saya meninggalkan solat Jumaat?
Nuar,
TERENGGANU



Jawapan:
HUKUM Solat Jumaat adalah fardu ain sama dengan solat fardu lima waktu yang lain. Ia ditunaikan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya.

Syarat wajib Jumaat ialah Islam, baligh, berakal, lelaki tetapi bagi perempuan adalah sunat, merdeka, tidak uzur dan bermukim iaitu tidak bermusafir.

Antara halangan Jumaat ialah sakit, hujan lebat, cuaca sangat panas, terlalu lapar atau dahaga dan lain-lain halangan yang tidak dapat dielakkan (Haji Mohamed bin Jusoh 1990).

Umumnya, bekerja tidak dikira sebagai halangan Jumaat. Ini termasuk bekerja di platform cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan apabila dijadualkan bertugas.

Anda masih wajib menunaikan solat dengan cara mengadakannya bersama dengan rakan Muslim yang berada di platform berkenaan secara berjemaah termasuk berkhutbah Jumaat.

Ia boleh dilakukan di surau atau bilik khusus. Bilangan makmun tidak semestinya 40 orang dan boleh dilaksanakan walaupun hanya berdua. Seterusnya ia boleh dilakukan secara baik apabila majikan anda bersetuju dan membenarkan solat Jumaat diadakan.

No comments:

Post a Comment