Thursday 2 August 2012

Saiz dan ketahanan di ranjang,yang manakah menjadi pilihan wanita??



        Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada, lelaki pula sibuk bercakap tentang kemaluan mereka.Jika ditinjau pada laman web berkaitan dengan perkara pembesaran zakar, lebih 50 peratus laman web yang membincangkan isu tersebut secara terbuka termasuk rawatannya. Bagaimanapun, laman web tersebut hanyalah laman web komersial yang kebanyakannya memperkenalkan alat untuk membantu membesarkan zakar.

    Tinjauan rambang yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain berkenaan pendapat pasangan wanita tentang saiz dan bentuk zakar serta bandingan kepada teknik persetubuhan, mendapati lebih 60 peratus wanita Barat rasa tidak puas hati tentang saiz dan bentuk zakar pasangan lelaki mereka. Lebih 70 peratus daripada mereka menyatakan antara teknik bersetubuh dengan saiz zakar, mereka memilih teknik bersetubuh. Ini kerana mereka lebih selesa dengan sentuhan intim dan tumpuan pasangan kepada mereka daripada sentuhan kasar pasangan yang mementingkan diri sendiri

    Satu kajian yang pernah dilakukan di Universiti Kebangsaan Singapura tentang saiz zakar lelaki keturunan Cina, Melayu dan India mendapati, kesemua lelaki tersebut mempunyai saiz zakar yang berukuran lebih kurang 12 sentimeter dan lilitan 11 sentimeter semasa terangsang. Ia lebih daripada mencukupi untuk melakukan hubungan seksual tanpa keraguan tentang kekurangan anggota kelamin mereka. Dalam kajian yang sama juga didapati saiz zakar dalam keadaan tidak menegang tertakluk kepada beberapa faktor

  Secara umum, saiz zakar lelaki Cina dalam keadaan tidak terangsang ialah 8.3 sentimeter dari segi ukuran lilit zakar dan 8 sentimeter panjang. Lelaki India, 8.8 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.4 sentimeter panjang. Manakala, lelaki Melayu 8.6 sentimeter dari segi ukur lilit dan 7.8 sentimeter panjang. Bagaimanapun, lelaki Barat mempunyai kepanjangan 9.71 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.85 sentimeter panjang.

~ss~




No comments:

Post a Comment