Saturday 11 August 2012

Noah-nama baru kumpulan peter pan




Meskipun vokalis kumpulan sensasi Indonesia, Peterpan punya titik hitam dalam kariernya, namun perjalanan seni anak muda itu masih belum malap.

Selepas dibebaskan dari penjara Kebon Waru, Bandung pada 23 Julai lalu, Ariel ternyata beruntung kerana masih diterima oleh teman seangkatannya dalam kumpulan Peterpan.

Bagaimanapun, nama kumpulan terkenal ini sudah pun diumumkan berkubur dan digantikan dengan nama kumpulan baru.

Masih lagi mengekalkan ahli kumpulan yang sama; Ariel, Lukman, Uki, Reza dan David, kumpulan ini secara rasminya mengumumkan nama band baru mereka melalui Twitter sebelum mengadakan sidang akhbar khas bagi memberitahu hal tersebut.

Tanggal 2 Ogos yang lalu, secara rasminya kumpulan yang terkenal dengan lagu Mungkin Nanti dan Ada Apa Denganmu ini mengumumkan nama band baru mereka, Noah bagi menggantikan Peterpan.

Memilih nama baru sebagai pengganti nama Peterpan yang sebelum ini sedikit terpalit dengan berita kontroversi Ariel, keempat-empat anggota kumpulan ini sepakat melupakan titik hitam vokalis mereka itu.

Malah, menurut Ariel, nama Noah telah pun dibincangkan sejak dua tahun lalu dan dirahsiakan sehingga hari pengumuman mereka pada Khamis lalu.

“Kami tidak pernah mendedahkan nama baru kumpulan kami kepada umum walaupun di kalangan rakan rapat dan saudara mara kami sendiri.

“Kami setuju dengan pilihan nama Noah yang kami rasakan mudah disebut dan diingati,” katanya memetik kenyataan di Kompas.com semasa sidang media di pejabat Musica Studio, Jakarta Selatan.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Nazriel Irham ini memberitahu, Noah telah pun melancarkan single pertama pada Jumaat lalu berjudul Separuh Aku yang dicipta oleh ahli kumpulan mereka, David

No comments:

Post a Comment