Saturday 11 August 2012

Diskaun tol bersempana raya tahun ini





SELAYANG: Pengguna lebuh raya yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing berpeluang menikmati diskaun tol sehingga 37.5 peratus bermula 18 sehingga 21 Ogos ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, kadar diskaun itu diberikan menerusi kerjasama dengan 24 konsesi lebuh raya yang turut memberikan rebat dari 10 peratus untuk kenderaan kelas pertama.

“Ini diskaun dan rebat tertinggi yang pernah diberikan konsesi lebuh raya. Secara langsung dan tidak langsung, ia memberi kesempatan pada syarikat konsesi lebuh raya menyusun jadual pengguna agar perjalanan lebih lancar balik ke kampung dan pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya Assam Jawa - Taman Rimba (Latar) ke Jalan B149 Kundang, Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus dan Ketua Pegawai Eksekutif Latar, Amran Amir.

Shaziman berkata, pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya kendalian Plus Berhad boleh menikmati rebat tol 30 peratus bermula 15, 16, 22 dan 23 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment